Tak tahulah mengapa minat saya untuk menjejakkan ke negara2 lain selain Malaysia semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan yang lalu. Dulu saya cukup tak suka pergi berjalan. Saya tak berminat nak merantau, mengembara, melihat negara orang. Bagi saya cukuplah Malaysia je destinasi percutian saya selama mana saya hidup di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, minat itu datang jua. Saya rasa, dengan merantau melihat kehidupan manusia lain di tenpat lain akan membuka hati dan minda saya untuk pelbagai perkara.
Hari pertama 17 Disember 09 (Khamis)
Kami sekeluarga menaiki flight jam 3.10, tapi pesawat berlepas agak lambat. Kira-kira jam 3.30 baru ia berlepas, dan sampai di Medan, sudah jam 5.30 ikut local time. Medan lewat 1 jam berbanding Malaysia. Dalam pesawat, saya mengambil seat tepi tingkap. Tak mahu melepaskan peluang melihat pemandangan indah. Subhanallah.. awan ada di sebelah saya, hanya dipisahkan oleh sekeping tingkap sahaja. Ingin saja saya mencapainya, tapi tangan tak sampai :P
ngantuk pulak.. sambung esok la. ahaha...
zzzZZZZZ

sambungan hari pertama
Sesampai di lapangan terbang Polonia atau dalam bahasa masyarakat di sana memanggil lapangan terbang sebagai Bandara International Polonia. Bandara adalah singkatan kepada Bandar Udara. Kami menunggu travel agen datang menjemput. Setelah dijemput kami ke Hotel Polonia yang tidak jauh dari Bandara tersebut. Kami tidur di sana untuk satu malam saja.
Hari kedua
Pagi itu mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak travel agen, kami akan ke Parapat dan seterusnya ke Berastagi. Parapat merupakan sebuah kawasan yang terletak di tanah tinggi. Perjalanan ke Parapat dari Medan mengambil masa kira-kira empat jam. Kira-kira jam 12 kami memulakan perjalanan ke Parapat dan berhenti seketika di beberapa tempat untuk makan tengahari dan solat zuhur. Transit pertama kami singgah di sebuah restoran yang menyediakan masakan minang.
Haa, ni lah antara makanan2 minang. Gulai telur, ayam goreng, kerepek pedas (makan dengan nasi), ikan sambal, ape ntah lagi. Tak tau ape nama setiap tajuk makanan tu. belasah je :P. overall makanan dia sedap, lauknya sedap. tak jauh beza dengan masakan Malaysia. lebih kurang mcm masakan org N9.
Lepas makan, sambung perjalanan ke Parapat. Kami disajikan dengan pemandangan indah suasana kampung yang ada di sepanjang jalan ke sana. Banyak sungguh gereja yang kami temui dan setiap kawasan ladang pasti ada sekurang-kurangnya satu kubur dengan disertakan salib besar. Rupa-rupanya penduduk kampung di sini majoritinya beragama kristian. Hanya sesekali kami terserempak dengan masjid atau surau. Itupun jarang-jarang..
Bila sampai di Parapat, suasana waktu gelap. Kami tak nampak ape2.. melainkan lampu2 bangunan da jalan raya. Travel guide ( En Remon) menyatakan di sebelah kanan kami itulah Danau Toba. Dan lampu2 yang kami nampak sayup2 itulah Pualu Samosir. Kemudian kami check in di Hotel .. oh lupa lak. Tapi hotel itu tinggi, atas bukit. saya dan adik dapat bilik yang mengadap Danau Toba, tapi masa tu tak nampak apepun. Esoknya, bila dah cerah sikit.. barulah nampak jelas Danau Toba. Cantik sungguh. Subhanallah. danau Toba itu sangat luas dan saujana mata memandang. Pagi tu, lepas bersiap2 dan bersarapan kami bertolak ke Pulau Samosir pula dengan menaiki bot. En Remon menyatakan Danau Toba adalah tasik ketiga terbesar di dunia. Ia terbentuk selepas letusan gunung berapi yang sangat kuat kira-kira 73,000-75,000 tahun yang lalu dan letusan tersebut membentuk Pulau Samosir di tengah-tengah. Keluasan Pulau Samosir itu lebih besar dari Singapura. bayangkan besar sungguh dan betapa dasyatnya letusan itu sehingga mampu membentuk sebuah pulau yang sangat besar dan tasik yang sangat luas. perjalanan menaiki bot ke Pulau Samosir memakan masa selama 30 minit. kami diberi masa satu jam untuk berjalan-jalan dan buat ape2 yang patut di sana seperti membeli belah dan sebaginya. Kami mendegar sedikti penerangan tentang makam raja dahulu kala, kemudia membeli sedikit barang dan kembali semula ke bot untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Ambarita di mana terdapat batu pemancung dan rumah-rumah kediaman masyarakat Batak. Setelah 1 jam di Pualu Ambarita, kami kemabli semula ke Parapat untuk makan tengahri dan solat zuhur. selepas itu kami sambung semula perjalanan ke berastagi pula. Kami melalui jalan yang berliku-liku dan di sepanjang jalan, kami ditemani pemandangan danau Toba yang sungguh indah. Dengan pemandangan bukit bukau dan danau Toba, saling tumpah seperti Switzerland kata travel guide itu. Kemudian kami melalui jalan kecil iaitu jalan pintas untuk ke Berastagi di mana kami melalui kawasan2 perkampungan masyarakat Batak yang hampir semua beragama kristian. Kawasan perkampungan tersebut subur dengan tanaman. Inilah rahmat Allah buat hamba-hambaNya. Hikmah letusan gunung berapi tersebut melimpahkan selaut rahmat. Tanah-tanah menjadi subur dan sesuai bercucuk tanam.