Tuesday, January 5, 2010

Hikmah berselawat

Tengahari td, saya baru perasan buku teks kaunseling saya yang berharga RM38.50 tiada di bilik. Apa lagi, cemas la. Mahal ooo. Saya cuba ingat-ingat kat mana kali terakhir saya letak. Yang saya ingat, kali terakhir saya pegang buku tu di bilik. Lepastu saya tak ingat ke mana saya bawa buku tu. Saya carik merata-rata tempat. Risau sgt sbb ptg ni saya ada kelas dan saya perlu bawa buku tu. Dalam 1 jam kot saya ambik masa untuk crk buku tu. Letih memang letih sbb turun tangga naik tangga. lepas crk kat bilik, saya turun bawah, crk kat ruang tamu. Cmtulah saya buat.. brp kali ntah tak ingat. Bila dah tak larat sgt saya ambik bantal, konon2nya nak tidur, rehatkan diri dan berharap bila bangun tidur nanti kepala saya dah lega, maka blh crk dgn hati yang lapang. Tapi still tak leh lelap jugak. lelap2 mata, kepala menerqwang duk fikir manalah buku tu berada. Sambil2 tu saya selawat2, minta Allah mudahkan. Last2, saya bangun semula sambil berselawat sebanyak2nya dengan rasa yakin yang Allah akan temukan saya dgn buku tu. selang beberapa minit, akhirnya saya terjumpa buku tu di celah barang2 lain di ruang tamu. alhamdulillah... Allah membimbing hati saya ke tempat di mana buku tu berada. Ini bukan kali pertama. Banyak kali saya berhadapan dgn peristiwa kehilangan barang, terkunci pintu, dan mcm2 persitiwa yang merisaukan dan mendebarkan. Alhamdullilah.. Allah membantu saya menyelesaikan masalah2 tersebut. Pernah sekali tu, semasa di matrikulasi, pintu bilik saya terkunci. Kawan2 cdgkan saya guna kunci pintu bilik diorang. Mula2 tu malas gak nak pinjam, sbb tak logiklah guna kunci pintu orang lain utk buka kunci pintu bilik endiri. Tapi saya tawakkal jelah. Sambil selawat sungguh-sungguh, saya cuba juga buka pintu tu. Setelah beberapa lama mencuba, taraaa.. akhirnya terbuka.

Inilah hikmah berselawat. Yang saya nak tekankan bukan berselawat bila masa-masa susah je, tapi berselawatlah sebanyak-banyakanya tak kiralah di masa susah, mahupun senang. Berselawat di mana sja, bila2 masa.. sbg tanda cinta dan kasih sayang kita pada baginda.