Monday, June 28, 2010

Result

Result saya untuk semester yang lalu telah pun keluar. Pointer saya 3.84. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Pointer saya untuk semester  3.73 manakala semester pertama dulu saya mendapat 3.42. Satu peningkatan yang baik. CGPA saya juga semakin baik. Syukur. Semoga prestasi saya semakin baik untuk baki dua semester lagi walaupun mungkin cabaran semakin besar. Ya Allah permudahkanlah. Amin

Wednesday, June 2, 2010

Bantah Sedunia

Seluruh dunia membantah kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Video-video di bawah ini bukti-buktinya. Sebenarnya banyak lagi demonstrasi/ protes yang dilakukan oleh pelbagai pihak di banyak negara, namun tak semua dipaparkan di Youtube. Israel betul-betul menyangka yang masyarakat dunia akan percaya dengan pembohongan-pembohongan yang dicipta mereka, dan mereka sangkakan sokongan akan berpihak pada mereka, tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali. Jelas, mereka dalam ketakutan.

Secara peribadinya, saya merasa bangga melihat semangat yang ditunjukkan oleh insan-insan  yang pada hakikatnya mungkin tidak mempunyai apa-apa kepentingan pun kalau mereka nak bantah, mereka hanya org awam, lebih-lebih lagi yang bukan beragama Islam ni.  Yang datang berdemo tu pula ade macam-macam gaya. Yang muslim mestilah wajib  hadir untuk tunjukkan pendirian mereka kan. Saya memperkatakan tentang non muslim yang hadir. Ada yang bertatu, gaya gothic.  Macam2 lagi lah. Mereka semua bersatu atas dasar kemanusiaan. Semoga Allah melimpahkan hidayah dan taufiq buat penentang penentang kekejaman aka pencinta keamanan dan kemanusiaan yang non muslim itu.. untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan seterusnya...menjadikan Islam sebagai anutan dan pegangan hidup untuk selama-lamanya.

Sokongan terhadap Gaza di Norway (boikot barang-barang Israel)


Bantahan di Austalia

Protes di Bonn, German


Protes di Stockholm, Sweden


Protes di Filipina



Protes di Athens, Greece


Protes di Dublin, Ireland


Demostrasi di London

Demonstrasi di Toronto, Canada


Demonstasi di Paris

Tuesday, January 5, 2010

Hikmah berselawat

Tengahari td, saya baru perasan buku teks kaunseling saya yang berharga RM38.50 tiada di bilik. Apa lagi, cemas la. Mahal ooo. Saya cuba ingat-ingat kat mana kali terakhir saya letak. Yang saya ingat, kali terakhir saya pegang buku tu di bilik. Lepastu saya tak ingat ke mana saya bawa buku tu. Saya carik merata-rata tempat. Risau sgt sbb ptg ni saya ada kelas dan saya perlu bawa buku tu. Dalam 1 jam kot saya ambik masa untuk crk buku tu. Letih memang letih sbb turun tangga naik tangga. lepas crk kat bilik, saya turun bawah, crk kat ruang tamu. Cmtulah saya buat.. brp kali ntah tak ingat. Bila dah tak larat sgt saya ambik bantal, konon2nya nak tidur, rehatkan diri dan berharap bila bangun tidur nanti kepala saya dah lega, maka blh crk dgn hati yang lapang. Tapi still tak leh lelap jugak. lelap2 mata, kepala menerqwang duk fikir manalah buku tu berada. Sambil2 tu saya selawat2, minta Allah mudahkan. Last2, saya bangun semula sambil berselawat sebanyak2nya dengan rasa yakin yang Allah akan temukan saya dgn buku tu. selang beberapa minit, akhirnya saya terjumpa buku tu di celah barang2 lain di ruang tamu. alhamdulillah... Allah membimbing hati saya ke tempat di mana buku tu berada. Ini bukan kali pertama. Banyak kali saya berhadapan dgn peristiwa kehilangan barang, terkunci pintu, dan mcm2 persitiwa yang merisaukan dan mendebarkan. Alhamdullilah.. Allah membantu saya menyelesaikan masalah2 tersebut. Pernah sekali tu, semasa di matrikulasi, pintu bilik saya terkunci. Kawan2 cdgkan saya guna kunci pintu bilik diorang. Mula2 tu malas gak nak pinjam, sbb tak logiklah guna kunci pintu orang lain utk buka kunci pintu bilik endiri. Tapi saya tawakkal jelah. Sambil selawat sungguh-sungguh, saya cuba juga buka pintu tu. Setelah beberapa lama mencuba, taraaa.. akhirnya terbuka.

Inilah hikmah berselawat. Yang saya nak tekankan bukan berselawat bila masa-masa susah je, tapi berselawatlah sebanyak-banyakanya tak kiralah di masa susah, mahupun senang. Berselawat di mana sja, bila2 masa.. sbg tanda cinta dan kasih sayang kita pada baginda.

Monday, December 21, 2009

A memorable trip

Malas betul nak menulis. Tapi saya paksakan diri kerana pengalaman percutian saya sekeluarga ke Medan baru-baru ini sangat berharga, sarat dengan pengajaran, kenangan dan pengalaman. Sementara memori masih fresh..saya ingin menulis tentang perjalanan percutian yang bermula pada 17 Disember- 21 Disember 09 lalu.
Tak tahulah mengapa minat saya untuk menjejakkan ke negara2 lain selain Malaysia semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan yang lalu. Dulu saya cukup tak suka pergi berjalan. Saya tak berminat nak merantau, mengembara, melihat negara orang. Bagi saya cukuplah Malaysia je destinasi percutian saya selama mana saya hidup di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, minat itu datang jua. Saya rasa, dengan merantau melihat kehidupan manusia lain di tenpat lain akan membuka hati dan minda saya untuk pelbagai perkara.

Hari pertama 17 Disember 09 (Khamis)
Kami sekeluarga menaiki flight jam 3.10, tapi pesawat berlepas agak lambat. Kira-kira jam 3.30 baru ia berlepas, dan sampai di Medan, sudah jam 5.30 ikut local time. Medan lewat 1 jam berbanding Malaysia. Dalam pesawat, saya mengambil seat tepi tingkap. Tak mahu melepaskan peluang melihat pemandangan indah. Subhanallah.. awan ada di sebelah saya, hanya dipisahkan oleh sekeping tingkap sahaja. Ingin saja saya mencapainya, tapi tangan tak sampai :P

ngantuk pulak.. sambung esok la. ahaha...

zzzZZZZZ


sambungan hari pertama


Sesampai di lapangan terbang Polonia atau dalam bahasa masyarakat di sana memanggil lapangan terbang sebagai Bandara International Polonia. Bandara adalah singkatan kepada Bandar Udara. Kami menunggu travel agen datang menjemput. Setelah dijemput kami ke Hotel Polonia yang tidak jauh dari Bandara tersebut. Kami tidur di sana untuk satu malam saja.

Hari kedua

Pagi itu mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak travel agen, kami akan ke Parapat dan seterusnya ke Berastagi. Parapat merupakan sebuah kawasan yang terletak di tanah tinggi. Perjalanan ke Parapat dari Medan mengambil masa kira-kira empat jam. Kira-kira jam 12 kami memulakan perjalanan ke Parapat dan berhenti seketika di beberapa tempat untuk makan tengahari dan solat zuhur. Transit pertama kami singgah di sebuah restoran yang menyediakan masakan minang.
Haa, ni lah antara makanan2 minang. Gulai telur, ayam goreng, kerepek pedas (makan dengan nasi), ikan sambal, ape ntah lagi. Tak tau ape nama setiap tajuk makanan tu. belasah je :P. overall makanan dia sedap, lauknya sedap. tak jauh beza dengan masakan Malaysia. lebih kurang mcm masakan org N9.
Lepas makan, sambung perjalanan ke Parapat. Kami disajikan dengan pemandangan indah suasana kampung yang ada di sepanjang jalan ke sana. Banyak sungguh gereja yang kami temui dan setiap kawasan ladang pasti ada sekurang-kurangnya satu kubur dengan disertakan salib besar. Rupa-rupanya penduduk kampung di sini majoritinya beragama kristian. Hanya sesekali kami terserempak dengan masjid atau surau. Itupun jarang-jarang..
Bila sampai di Parapat, suasana waktu gelap. Kami tak nampak ape2.. melainkan lampu2 bangunan da jalan raya. Travel guide ( En Remon) menyatakan di sebelah kanan kami itulah Danau Toba. Dan lampu2 yang kami nampak sayup2 itulah Pualu Samosir. Kemudian kami check in di Hotel .. oh lupa lak. Tapi hotel itu tinggi, atas bukit. saya dan adik dapat bilik yang mengadap Danau Toba, tapi masa tu tak nampak apepun. Esoknya, bila dah cerah sikit.. barulah nampak jelas Danau Toba. Cantik sungguh. Subhanallah. danau Toba itu sangat luas dan saujana mata memandang. Pagi tu, lepas bersiap2 dan bersarapan kami bertolak ke Pulau Samosir pula dengan menaiki bot. En Remon menyatakan Danau Toba adalah tasik ketiga terbesar di dunia. Ia terbentuk selepas letusan gunung berapi yang sangat kuat kira-kira 73,000-75,000 tahun yang lalu dan letusan tersebut membentuk Pulau Samosir di tengah-tengah. Keluasan Pulau Samosir itu lebih besar dari Singapura. bayangkan besar sungguh dan betapa dasyatnya letusan itu sehingga mampu membentuk sebuah pulau yang sangat besar dan tasik yang sangat luas. perjalanan menaiki bot ke Pulau Samosir memakan masa selama 30 minit. kami diberi masa satu jam untuk berjalan-jalan dan buat ape2 yang patut di sana seperti membeli belah dan sebaginya. Kami mendegar sedikti penerangan tentang makam raja dahulu kala, kemudia membeli sedikit barang dan kembali semula ke bot untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Ambarita di mana terdapat batu pemancung dan rumah-rumah kediaman masyarakat Batak. Setelah 1 jam di Pualu Ambarita, kami kemabli semula ke Parapat untuk makan tengahri dan solat zuhur. selepas itu kami sambung semula perjalanan ke berastagi pula. Kami melalui jalan yang berliku-liku dan di sepanjang jalan, kami ditemani pemandangan danau Toba yang sungguh indah. Dengan pemandangan bukit bukau dan danau Toba, saling tumpah seperti Switzerland kata travel guide itu. Kemudian kami melalui jalan kecil iaitu jalan pintas untuk ke Berastagi di mana kami melalui kawasan2 perkampungan masyarakat Batak yang hampir semua beragama kristian. Kawasan perkampungan tersebut subur dengan tanaman. Inilah rahmat Allah buat hamba-hambaNya. Hikmah letusan gunung berapi tersebut melimpahkan selaut rahmat. Tanah-tanah menjadi subur dan sesuai bercucuk tanam.

Saturday, November 28, 2009

Chocolate moist cake dan cucur jagung


Buat malam sebelum aidiladha..

Walaupun kek ni senang sangat nak buat sebab guna tepung dan bahan-bahan ready made, tapi ramai suka makan, termasuk diri saya sendiri (apa kena mengena? :P ). Cuma penat sikit tangan masa nak sebatikan butter dengan gula halus, sampai kembang. Pakai manual je, guna senduk untuk gaul. Fuh, lenguh!

Petang semalam pulak, buat cucur jagung. Cucur ni simple sangat sebab bahan-bahannya hanya tepung dan, sedikit garam, dan setongkol jagung. Saya turut memasukkan sekeping roti yang telah direndam dengan air panas untuk melebutkan adunan tepung tersebut. Gambar takda sebab semuanya dah selamat masuk perut sebelum sempat gambar diambil. Saya teringat masa kecik-kecik dulu, abah dan mak suka buat macam-macam jenis cucur dan kuih muih. Cucur jagung salah satu daripadanya.


Sunday, November 8, 2009

Sepetang di Sungai Congkak

Petang semalam, bersama empat orang lagi sahabat serumah rehlah di Sg Congkak. Kami bertolak selepas solat Zuhur. Walaupun awalnya rasa ragu-ragu dgn perancangan tersebut, memandangkan sekarang ini musim hujan, namun kami meneruskan juga niat murni berbekalkan tawakkal pd Allah agar hujan tidak turun petang turun.

Alhamdulillah cuaca cerah dan memang tiada tanda-tanda nak hujan. Sesampai di sana kami mencari-cari port yang sesuai yang agak terlindung dari pandangan manusia, tetapi tidak terlindung daripada pandangan Allah :). Sedang kami menjamah hidangan hidangan makanan yang dibawa... kami lihat sekumpulan remaja , dua lelaki dan dua perempuan datang berhampiran dengan kawasan kami. Nampak gaya macam nak mandi kat situ. Kami memandang dalam dalam hati mengharap mereka tidak landing di kawasan tersebut. Sangkaan kami meleset. Rupa-rupanya mereka memang nak mandi manda di situ. Kami terkejut, kerana yang remaja perempuan hanya bert-shirt dan berseluar pendek. Yang lelakinya sama lah juga. Geramnya rasa. Kenapa lah diorg datang sini. Getus hati saya. Setelah beberapa minit berlalu remaja2 tersebut dgn scr berpasangan lelaki dan perempuan mandi bersama--sama.

Astaghfirullahazim. Si remaja perempuan dan remaja lelaki dengan tidak ada rasa malunya bermesra, bergurau senda dan bercampur mandi bersama-sama. Kami yang semakin lama semakin sakit hati melihatkan perlakuan mereka tu bersetuju untuk mengambil tindakan.Awalnya rasa serba salah juga nak tegur kerana remaja-remaja lelaki tu nampak macam ahli kumpulan gangster. Namun, saya peringatkan pd sahabat2 berulang kali. "Kita kena tegur ni. mana boleh buat diam je."

" sepatutnya kerajaan negeri yang baru ni kena buat sesuatu. kena pantau tempat2 macamni"


Mula-mula kami beramai-ramai merenung tajam ke arah mereka. Mereka menyedarinya namun buat tak tahu saja. Memandangkan tidak ada respon, kami mengambil keputusan untuk menegur secara lisan. Kalau ikutkan hati nak je mengaku pegawai jabatan agama, tp kami takda kad kuasa. karang tak pasal kena dakwa sebab mengaku perkara yang tak betul

kemudian bbrp org sahabat saya mendekati mereka.

"dik dah kawin ke"? (sbnrnye dah tahu sebab muka budak sangat, budak sekolah)

" belum'... jawab mereka.

setelah menegur dgn baik, remaja2 tu pun bangun...

rupanya2... bukan nak beredar dr situ. mereka semakin menjadi-jadi melakukan perkara sumbang tanpa ada rasa segan silu lansung...

ya Allah apa lah nak jadi dgn remaja skrg ni. kesal dgn apa yang terjadi.

petang tu kami solat asar beratapkan daun-daun pokok , berlantaikan tanah. betul2 berhadapan dgn mereka...dengan harapan mereka akan rasa malu dan beredar dari situ.

saya termenung panjang. sedih.

banyak sungguh tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...

petang itu kami pulang semula ke Bangi dengan perasaan yang bercampur-campur. sedih. geram. kasihan. ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam lapangan dakwah dan perjuangan Islam ini. bisik hati saya.


amin, ya Rabb

Thursday, September 24, 2009

rindu

aku rindu pada sahabatku