Sunday, November 8, 2009

Sepetang di Sungai Congkak

Petang semalam, bersama empat orang lagi sahabat serumah rehlah di Sg Congkak. Kami bertolak selepas solat Zuhur. Walaupun awalnya rasa ragu-ragu dgn perancangan tersebut, memandangkan sekarang ini musim hujan, namun kami meneruskan juga niat murni berbekalkan tawakkal pd Allah agar hujan tidak turun petang turun.

Alhamdulillah cuaca cerah dan memang tiada tanda-tanda nak hujan. Sesampai di sana kami mencari-cari port yang sesuai yang agak terlindung dari pandangan manusia, tetapi tidak terlindung daripada pandangan Allah :). Sedang kami menjamah hidangan hidangan makanan yang dibawa... kami lihat sekumpulan remaja , dua lelaki dan dua perempuan datang berhampiran dengan kawasan kami. Nampak gaya macam nak mandi kat situ. Kami memandang dalam dalam hati mengharap mereka tidak landing di kawasan tersebut. Sangkaan kami meleset. Rupa-rupanya mereka memang nak mandi manda di situ. Kami terkejut, kerana yang remaja perempuan hanya bert-shirt dan berseluar pendek. Yang lelakinya sama lah juga. Geramnya rasa. Kenapa lah diorg datang sini. Getus hati saya. Setelah beberapa minit berlalu remaja2 tersebut dgn scr berpasangan lelaki dan perempuan mandi bersama--sama.

Astaghfirullahazim. Si remaja perempuan dan remaja lelaki dengan tidak ada rasa malunya bermesra, bergurau senda dan bercampur mandi bersama-sama. Kami yang semakin lama semakin sakit hati melihatkan perlakuan mereka tu bersetuju untuk mengambil tindakan.Awalnya rasa serba salah juga nak tegur kerana remaja-remaja lelaki tu nampak macam ahli kumpulan gangster. Namun, saya peringatkan pd sahabat2 berulang kali. "Kita kena tegur ni. mana boleh buat diam je."

" sepatutnya kerajaan negeri yang baru ni kena buat sesuatu. kena pantau tempat2 macamni"


Mula-mula kami beramai-ramai merenung tajam ke arah mereka. Mereka menyedarinya namun buat tak tahu saja. Memandangkan tidak ada respon, kami mengambil keputusan untuk menegur secara lisan. Kalau ikutkan hati nak je mengaku pegawai jabatan agama, tp kami takda kad kuasa. karang tak pasal kena dakwa sebab mengaku perkara yang tak betul

kemudian bbrp org sahabat saya mendekati mereka.

"dik dah kawin ke"? (sbnrnye dah tahu sebab muka budak sangat, budak sekolah)

" belum'... jawab mereka.

setelah menegur dgn baik, remaja2 tu pun bangun...

rupanya2... bukan nak beredar dr situ. mereka semakin menjadi-jadi melakukan perkara sumbang tanpa ada rasa segan silu lansung...

ya Allah apa lah nak jadi dgn remaja skrg ni. kesal dgn apa yang terjadi.

petang tu kami solat asar beratapkan daun-daun pokok , berlantaikan tanah. betul2 berhadapan dgn mereka...dengan harapan mereka akan rasa malu dan beredar dari situ.

saya termenung panjang. sedih.

banyak sungguh tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...

petang itu kami pulang semula ke Bangi dengan perasaan yang bercampur-campur. sedih. geram. kasihan. ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam lapangan dakwah dan perjuangan Islam ini. bisik hati saya.


amin, ya Rabb

No comments:

Post a Comment